Sejarah
Sekolah ini dibuka pada 1912 dengan nama
Anglo-Chinese School, pembukaan sekolah ini adalah hasil daripada kesedaran
penduduk Cina tempatan. Encik Goh Sam Yong telah dilantik menjadi guru besar
yang pertama dengan 60 orang murid serta dua orang guru. Pada tahun 1932,
kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan nama sekolah ini ditukar
kepada Goverment English School.
Pada tahun yang sama juga, Encik Muthutamby
dilantik sebagai guru besar menggantikan Encik Goh Sam Yong. Pada tahun 1928
bilangan murid telah meningkat kepada 200 orang. Murid perempuan juga
dibenarkan masuk ke sekolah ini. Pada tahun 1932, Encik Appudarai mula memegang
jawatan sebagai guru besar ketiga. Disebabkan keadaan ekonomi merosotm,
bilangan murid telah berkurangan dengan bilangan murid hanyalah 108 dengan dua
orang guru.
Pada 1939, nama sekolah ini telah ditukar
kepada Sekolah Sulaiman Bentong. Peristiwa ini adalah sebagai penghormatan
kepada Al-marhum Tengku Sulaiman ibni Al marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini dijadikan sekolah Jepun dan pelajar
dikehendaki mempelajari bahasa Jepun. Selepas perang dunia kedua, sekolah ini
kembali berkembang pesat. Pada penghujung tahun 1945, bilangan pelajar melebihi
300 orang dan lebih banyak bilik darjah didirikan.
Pada tahun 1953, buat pertama kalinya,
pelajar-pelajar menduduki peperiksaan Senior Cambridge. Tahun 1956, bilangan
pelajar telah meningkat kepada 750 orang. Bilangan kelas sebanyak 20 buah dan
tenaga pengajar seramai 29 orang. Encik Rasiah telah menjadi guru besar keempat
pada tahun 1958. Tahun 1959, Sulaiman English School dibahagikan kepada dua
persekolahan iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. Bangunan-bangunan baru
sekolah menengah telah siap dibina di tapak sekarang pada tahun 1963 dan
pelajar mula berpindah dan belajar di sekolah ini pada awal tahun 1964.
Sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah
Menengah Sulaiman. Menteri Pelajaran pada masa itu, YB Encik MOhd Khir Johari
merasmikan pembukaan bangunan baru sekolah ini. Encik Somasundram digantikan
oleh Encik Eddy Wee pada 1965. Encik R.I.S Stork memegang jawatan pengetua pada
tahun 1966. Pada tahun 1974, Sekolah Menengah Sulaiman memulakan kelasa
Tingkatan enam aliran Sastera. Pada tahun 1978, kelas Tingkatan enam aliran
sains dimulakan. Pada tahun 1980 bilangan pelajar bertambah kepada 1081 orang.
Puan Hew Yoon Yew mengambil alih tugas sebagai pengetua mulai April 1986-1990.
Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Sulaiman
ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman atas arahan
Kementerian Pelajaran bertujuan untuk menyeragamkan semua sekolah di Malaysia
demi mewujukan sistem pendidikan yang lebih mantap dan merealisasikan wawasan
Pendidilan Negara. Mulai tahun 2006, SMK Sulaiman telah dipilih oleh Jabatan
Pelajaran Pahang untuk menempatkan sebahagian pelajar Tingkatan Satu ke Kelas
Rancangan Khas. Pelajar-pelajar ini merupakan sebahagian daripada pelajar
sekolah-sekolah Daerah Bentong yang telah mendapat keputusan cemerlang dalan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Penempatan pelajar ini menandakan
bermulanya SMK Sulaiman sebagai salah sebuah Sekolah Rancangan Khas (SRK) yang
dianggap setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
没有评论:
发表评论